Trogonoptera trojana
Trogonoptera trojana

Trogonoptera trojana

Trogonoptera trojana ialah sejenis kupu-kupu yang tergolong dalam famili Papilionidae. Ia adalah endemik di Palawan, Filipina. Ia menyerupai saudaranya yang lebih tertabur luas, iaitu Trogonoptera brookiana (Kupu-kupu Rajah Brooke), tetapi T. trojana yang jantan mempunyai jalur hijau yang lebih tirus pada kepak belakangnya. Spesies ini terangkum dalam CITES Appendix II,[1] yang menyekat perdagangan antarabangsa.Lebar kepaknya kira-kira 18–19 cm (7.1–7.5 in).[1] Kupu-kupu ini berterbangan sepanjang tahun. Beluncasnya makan Aristolochia.[1]